Monday 4 March 2013

PERBANKAN TANPA CAWANGAN BSN

Koperasi telah memecah rekod mengadakan kemudahan bank di Johol. Koperasi telah dilantik sebagai ejen Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mengendalikan Perbankkan Tanpa Cawangan (PTC) di premis koperasi di pekan Johol. Antara transaksi-transaksi yang boleh dilakukan adalah deposit dan pengeluaran wang tunai, pembayaran bil utiliti, simpanan Sijil Simpanan Premium (eSSP), dan pembelian tanpa tunai.

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ini berpeluang mendapat pelbagai manfaat seperti penjimatan masa kerana tidak perlu ke pekan Tampin atau pekan Kuala Pilah dan tiada sebarang caj dikenakan ke atas pelanggan yang melakukan transaksi perbankan di sini. Perkhidmatan PTC ini adalah merupakan satu inisiatif berterusan BSN untuk memberikan akses perbankan yang berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya yang berada di kawasan yang mempunyai akses perbankan yang terhad yang berada di luar bandar dan kawasan pedalaman. 


PERNIAGAAN BARU

TOP-UP/RELOAD HAND PHONE:
Koperasi telah menjalankan perniagaan menjual top-up handphone dan internet melalui epay terminal semua jenama seperti-
celcom, hotlink, maxis, digi,
tunetalk, italk, merchandtrade,
Umobile, XoX , MOLPoint
dan lain-lain.



BAYARAN BILL ONLINE:

Koperasi juga menerima bayaran bill secara online melalui Terminal BSN. Bill yang boleh dibayar melalui terminal ini termasuk semua jenis bill pengguna seperti bill Air (SAINS), TNB, Telekom Malaysia, Celcom dan Astro. 



Sunday 3 March 2013

PENGENALAN

Koperasi Pertanian Mukim Johol Negeri Sembilan Berhad adalah nama baru kepada Koperasi Serbaguna Mukim Johol Berhad yang telah ditubuh dan didaftarkan pada 12 September 1952 dengan nombor pendaftaran 1773. Nama asal koperasi ini pada waktu penubuhan ialah Syarikat Kerjasama Kilang Padi Kampung Renggoh Johol Berhad. Alamat awal koperasi ialah di Kilang Padi Kampung Renggoh, Johol, Negeri Sembilan. Sekarang koperasi telah mencapai umur 61tahun.